Monday, February 16, 2009

Scoreboard - Kiddo Kickers

Kiddo Kickers nampaknya mempunyai wawasan yang bagus dengan program yang dibangunkan oleh mereka ini.
Ambil player sejak 6-8 tahun.
Asah sehingga 11.
Hantar ke kelab luar (Jepun dan Eropah).
Sungguh bagus.
Seterusnya, misi mencapai Malaysia ke World Cup 2026.
Relevan dan tepat dari sudut matematik. Andai batch pertama pergi pada 2012, umur 11 tahun. pada 2026, kanak-kanak itu sudah 25 tahun. Usia yang sesuai untuk mewakili negara, membawa negara ke Piala Dunia. Maknanya juga mereka bermula 23 tahun untuk pusingan kelayakan Piala Dunia.

Idea seumpama ini pernah disebut oleh seorang jurulatih(berlesen) bahawa Malaysia perlu menghantar SATU TEAM pemain yang bermain di liga luar, barulah standard bola negara akan meningkat. Kenyataan ini dibuat selepas beberapa pemain berjaya dihantar ke Perancis dan sebagainya, tetapi kalau setakat 3 orang yg world-class main dalam team negara, lagi 8 macam tuuuuu jugak, yang 3 orang tak dapat buat apa apa sudahnya. INGAT, BOLA ADALAH PERMAINAN BERPASUKAN.

Baiklah, berbalik pada Kiddo Kickers.
Idea dan objektif mereka ini nyata memberangsangkan.

Tapi pastinya ada persoalan.

Pertama, mahukah kanak-kanak berusia 11 tahun meninggalkan mak ayah, jauh, dan lama?
Jawapan, saya rasa bukan satu masalah. Mereka kanak-kanak yang mahu bermain bola, diberi peluang bermain bola dengan lebih baik. Mereka akan enjoy.

Kedua, mahukah ibu bapa melepaskan anak pergi?
Inilah yang payah. Ibu terutamanya. Adakah faktor ini telah dipertimbang oleh Kiddo Kickers? Pada usia yang masih mentah, ini sukar kita perolehi dalam komuniti Malaysia, parents yang berani mengambil risiko yang sebesar ini. Kalau ada, mungkin tak berapa kerat sahaja.

Ketiga, faktor kewangan.
Kiddo Kickers adalah company swasta. Pastinya mereka mahukan keuntungan. Secara amnya kita faham, parents yang bayar yuran dsb kepada Kiddo Kickers. Adakah semua bakat gemilang yang kita miliki datang dari golongan berkemampuan untuk membayar ini semua?
Kedua, menghantar ke luar negara, siapa yang taja? Kiddo Kickers? Kerajaan? Parents? Ini tidak dijawab oleh panel, malah diKONA entah ke mana bila soalan wang ini diajukan.
Menyedihkan. Rancangan dah baik. Tapi pelaksanaan kelihatan seperti masih punya kelemahan.

Lepas itu, ScoreBoard cerita pasal computer GAME bola pulak. Hadoi. Tak berguna. Tak berfaedah. Buang masa.
Tapi apakan daya, itu pastinya segmen tajaan. Program nak disiarkan harus ada tajaan. So company GAME tu pun taja, kena la bagi chan kat mereka nak promote produk. Di sini kita dapat melihat sekali lagi FAKTOR WANG yang harus diambilkira dan diatasi setiap kali kita mempunyai perancangan terhadap sesuatu.
Begitulah.

Malaysia Tak Maju

Ini pendapat yang disuarakan oleh seorang pemanggil ScoreBoard tadi.
Dan saya setuju dengan apa yang dikatakan olehnya.

Dalam berbicara tentang bola Malaysia merosot, PADA PENDAPAT SAYA

Bolasepak Malaysia tidaklah TOTALLY merosot.
Ini gambaran yang saya dapat berikan.
Katalah Malaysia pada zaman Arwah Mokhtar Dahari dulu, pasukan kebangsaan bermain pada level 70(angka untuk buat gambaran). Bermakna, pemain memiliki ability di sekitar 66 ke atas. Mokhtar Dahari mungkin levelnya 80, outstanding!!
Negara Asia lain pada waktu itu pula, berada pada level 55 ke 60 MUNGKIN.
Justeru, memang Malaysia lebih hebat.

Pada pandangan saya lagi, Malaysia hari ini berada pada level 67 (somewhere there). Ertinya, berlaku kemerosotan yang sedikit dalam pasukan. Tiada pemain outstanding. Semua di average 60 ke 70. Tetapi tidaklah merosot melampau sangat.
Tetapi masalahnya negara yang dulunya 'ayam' Malaysia telah memajukan permainan mereka. Jepun dan KOrea hari ini saya bagi rate 78-80.
*note-Brazil, Itali, Argentina, Sepanyol adalah 95 dalam kes ini.

Baiklah.
Itu gambaran yang saya cuba berikan.
Maknanya, permainan Malaysia masih seperti dulu. Tidak meningkat. Stagnant.
Sedangkan negara lain telah jauh melangkah. Advanced.

Itu yang menjadi masalah. Bila kita tidak meningkat, dan orang lain menignkat, kita akan dilihat merosot. Itu adalah hakikat bola sekarang.

Tanyalah pemain veteran, adakah mereka jauh lebih bagus dari pemain Malaysia sekarang?
Jawapannya, saya yakin, mereka tidak akan kata mereka sangat bagus dan pemain sekarang tidak bagus.
Tapi mereka akan berkata, pada zaman mereka, mereka lebih baik dari mana mana pemain Asia yang lain.
Sedangkan pada hari ini, pemain kita jauh tersampah bila dibandingkan dengan pemain negara lain, hanya kerana pemain negara lain telah meningkat mutunya menjadi sangat bagus.

Jadi, siapa yang patut MEMAJUKAN bola Malaysia? Kerajaankah? FAMkah? Pemainkah?

Kita boleh memilih untuk kekal.
Tiada siapa akan memilih untuk ke belakang.
Tapi adakah kita akan membuat langkah ke hadapan?

Sunday, February 15, 2009

Kiddo Kickers

Esok Scoreboard cerita bola lagi.

Kali ni program bola untuk bakat cilik.
Kiddo Kickers. Mampukah program ini atau sebegini membantu bola negara?
Ramalan awal saya, YA. Mampu. Sangat mampu. Tapi kena ada cara dan kesinambungan.

Bagaimana?
Kita tengok dulu scoreboard mlm esok (ISNIN) 1230 tgh mlm.

p/s: Zaman aku takde benda ni semua. HUhu.

Kemudahan Infrastruktur Bola Malaysia

Saya lupa untuk include dalam post Scoreboard yang lalu, lagi satu point yang Kwai Lam utarakan.

Kemudahan infrastruktur. Apabila ditanya pasal hal ini, beliau sedih dengan apa yang berlaku.
Pembangunan pesat negara telah mengambil tempat-tempat yang dulunya padang permainan untuk pemain-pemain bermain bola. Dan yang beliau terkilan adalah kerana, ada tanah yang diambil atas dasar pembangunan kerana mahu dibina bangunan pada 1980an, tapi hingga kini projek tersebut terbengkalai. Ertinya, padang hilang. Bangunan tak muncul. Kawasan terbazir begitu sahaja.
Beliau menyalahkan sikap kerajaan.

Saya bersetuju. Hal yang disebut ada berlaku, dan banyak juga pemain pernah dilahirkan dari padang-padang yang kini tidak wujud lagi. Justeru, kemudahan padang ini telah terlepas pandang oleh masyarakat dan kesannya adalah aktiviti bermain bola setiap petang tidak dapat dijalankan serancak dulu.

Baiklah. itu hal kemudahan infrastruktur secara am, untuk semua orang.

Kemudahan infrastruktur untuk pemain pro pula hari ini jauh lebih baik dari dulu. Kualiti padang. Stadium. Fisio. Klinik. Dengan kata lain, pemain bola di Malaysia menikmati kemudahan yang OK. Dan sesetengah daripadanya didakwa bertaraf dunia. Malangnya pemain masih lagi bertaraf kampung. Begitulah.

Jadi, adakah kemudahan yang dibangunkan ini tidak memadai? Bagaimana lagi nak majukan kemudahan ini?
Jawapannya tidak perlu. Kemudahan sudah lebih daripada cukup.
Yang tinggal cuma sistem dan perancangan. Perlu mengambil kira faktor-faktor yang penting untuk semua orang, semua pemain. Bukan faktor pihak pengurusan (dengan kata lain FAM semat-mata).
Macam pernah disebut, pemain perlu duit dan jaminan. Dengan 2 faktor ini, barulah kita akan dapat benar-benar memanfaatkan bakat yang negara miliki. Banyak pemain yang lebih terer dari yang bermain dalam liga M sekarang, tapi mereka tidak memilih bola sebagai karier kerana 2 faktor ini.
Kemudahan? Dah lebih dari cukup. Dah mewah. Negara dan FAM dah megah dengannya.
Pemain? X cukup. Gaji x cukup. Jaminan kurang terjamin. Pemain(rakyat) takut dengannya.

Monday, February 9, 2009

Selamatkan Bola Sepak Negara

Itulah bunyi tajuk ScoreBoard di TV3 malam ini.

Panel jemputan pula adalah Chor Kwai Lam, bekas jurulatih beberapa Pasukan negeri DAN bekas Jurulatih Malaysia.

Isi kandungan dari beliau adalah,

Pertama, proses pembangunan akar umbi, melalui sekolah. Beliau menginginkan FAM bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan membina pasukan sejak kanak-kanak berusia 7 tahun. Beliau mengulang point ini sampai 3 kali, begitulah penekanan yang diberikan.

Kedua, rombakan FAM. Beliau memberi gambaran bahawa orang FAM sekarang samada TIADA background sukan apatah lagi bola. DAN juga, kalau pun mereka ada latarbelakang bola, bola adalah golongan yang gagal. Beliau memberi contoh jelas 2 tokoh bola di Selangor dan Kedah yang berjaya menaikkan bola negeri masing-masing, tapi orang-orang sebegini tidak pula masuk FAM. Yang berada di FAM adalah tokoh bola negeri yang gagal di negerinya, dan negerinya gagal.

Lagi, beliau mahukan pemain import dalam industri bola Malaysia. TAPI, ada tapinya. Import mestilah import yang berkualiti. Bukan tangkap muat. Dan beliau menyeru pemain tempatan agar meningkatkan mutu permainan setaraf dengan import yang diambil. Kedah dijadikan contoh sekali lagi, bila mana 3 import bagus mereka dah tak layak main season ini, Kedah terus jatuh. bererti pemain Kedah tidak meningkat. Hanya bergantung pada import tersebut.

Isu jurulatih, Kwai Lam menjangkakan tiada jurulatih tempatan yang akan berani mengambil jawatan tersebut. Terlalu panas, dan merbahaya untuk krebiliti diri sendiri. DAN jika menggunakan khidmat jurulatih luar, Kwai Lam menyeru agar jurulatih ini bukan hanya berfungsi membentuk dan melatih pemain, tetapi menyampaikan ilmunya kepada jurulatih tempatan agar setiap pasukan dalam Liga M mendapat manfaat, dan untuk kegunaan jangka panjang.

Pendapat-pendapat dalam Scoreboard kali ini memang uncensored. Boleh dipuji. Hentam direct. Tak hipokrit. Harap-harap adalah hasilnya dari perbincangan kali ini.

Sunday, February 8, 2009

Scoreboard Isnin 9 Februari 12:30 tgh malam

Scoreboard di TV3 akan bincang isu bola lagi malam isnin.

Saya ada cuba email Scoreboard nak bagi cadangan dan pendapat. Tapi email delivery failure la pulak.

Tapi takpe. Malam besok tengok je dulu.

Nati saya include pulak apa kata panel2 time siaran tu ye.

Will be updated in 24 hours.
:-)

Saturday, February 7, 2009

Akademi Bolasepak

Cadangan menghidupkan semula akademi dibangkitkan.

Pada saya. Bagus! Mesti! Ini adalah SEBAHAGIAN daripada projek pembangunan akar umbi yang WAJIB dilaksanakan untuk menfaat jangka panjang. Manfaat jangka panjang.

Zaman saya di sekolah menengah, saya sempat bersama dengan budak-budak akademi. Tahap permainan mereka cukup tinggi untuk peringkat umur.

Bagaimana ia berlaku?
Mereka training hari-hari macam pemain pro.
Mereka masih belajar, dan duduk asrama. Justeru mereka mempunyai SEDIKIT ruang untuk melakukan aktiviti yang boleh menjejaskan prestasi mereka.
Mereka masih muda bilamana fokus mereka masih tinggi, apatah lagi dalam melakukan perkara yang sangat diminati- BERMAIN (bola secara spesifiknya).
Mereka sangat fit, dan fizikal mereka sangat atletik.

Dengan bentuk latihan, serta konsistensi latihan, mereka boleh menyertai acara olahraga mahupun sukan-sukan lain secara SAMPINGAN tetapi tetap menyerlah.

Secara objektif dan rasional pelaksanaan, akademi adalah tempat melahirkan pemain pro. Tidak dapat dinafikan.

Tetapi seperti yang saya terangkan dalam post terdahulu ada pemain yang sudahnya memilih jalan selamat untuk belajar sepenuh masa daripada bermain bola sepenuh masa selepas SPM mereka. Ini adalah concern kita.

Keberkesanan akademi untuk membentuk pemain adalah tinggi. Saya pernah melihat final kejohanan antara akademi, permainan mereka cukup kemas, hantaran yang baik, kawalan bola dan sebagainya yang cukup menghiburkan. Lagi best tengok game diorang daripada Liga M. Sungguh.

TETAPI, persoalannya kenapa walaupun selepas satu demi satu batch pemain akademi ini keluar, prestasi Malaysia tetap sama?

Jawapannya. Mereka berjaya dibentuk oleh akademi dengan sistem yang tertentu. Tapi apabila keluar dan bermain untuk pasukan Liga M, adakah mereka menjalani rutin seperti dulu? Jawapannya tidak. Sistem tidak sama. Fitness level akan turun. Bila tidak fit, aspek lain juga CONFIRM terjejas. Percayalah, inilah puncanya.

Jadi, jelaslah bahawa Liga M belum mencapai tahap Pro. Akademi yang ditubuhkan dulu, memang pro. Salahnya, pasti boleh dituding kepada FAM lagi sekali. Kenapa pasukan-pasukan dalamLiga M tidak mencapai standard, FAM kena ambil tahu, dan ambil tindakan.

Jadi, tindakan untuk buka kembali akademi SANGAT WAJAR dilaksanakan. Ia harus jadi sebahagian daripada usaha AKAR UMBI yang diwar-warkan.

Cuma, harus diingat. Akademi bukan satu-satunya akar yang patut diberi fokus. Liga daerah jangan dilupakan, dan banyak lagi cara. Fitrah orang Malaysia, takut nanti bila dah buka balik akademi, bergantung harap pada akademi semata-mata untuk lahirkan bakat baru.

SETERUSNYA, FAM kena sambung kecemerlangan pemain yang terhasil dari akademi ini. Inilah sahaja caranya jika nak lahirkan generasi baru bola Malaysia yang berjaya. Jika tidak, rakyat akan terus kecewa!

Pendidikan Jasmani Membentuk Pemain Muda

Ini antara cadangan yang keluar. Menyatakan kelemahan dan ketidak fokusan dalam pendidikan jasmani di sekolah-sekolah menjadi punca Malaysia ketandusan skuad kebangsaan.

Pendapat ini adalah TAHYUL, dan tidak boleh dipakai. Mungkin yang menyebut tentang hal ini sekadar nak penuhkan ruang akhbar, atau ambil syarat yang menunjukkan dia ada idea lain dari yang lain.

Come on people. Be relevant.

Pendidikan jasmani diberikan 1 atau 2 slot seminggu di sekolah. satu slot 30 ke 45 minit.
Logik la sikit. Dengan masa 90 minit(maksimum, minimum 30 minit) itu, selalunya pelajar kena pula ambil masa untuk tukar baju PJ, dan tukar semula uniform sekolah. Tinggal berapa minit?

Lagi pun, sillabus PJ menghendaki pelajar belajar asas menjaga kesihatan, dan kecergasan. Bukannya PJ itu diwujudkan untuk pelajar belajar main bola. So dah nampak sangat individu yang kaitkan PJ dengan jatuh bangun bola Malaysia ni bodoh. Kalau dia tak bodoh, mungkin dulu dia belajar kat negara lain.

Berbalik pada isu tujuan dan matlamat. Adalah terang lagi bersuluh, pelajar (DAN IBU BAPA YANG MENGHANTAR MEREKA) ke sekolah bermatlamat untuk cemerlang akademik. Cemerlang diukur dengan berapa A mereka dapat dlm peperiksaan (UPSR, PMR, SPM). Adakah PJ pernah jadi subjek peperiksaan? Haha. NEVER!

So, tiada sebab untuk pelajar (terutamanya ibu bapa) nak ambik port dengan serius pasal PJ. KECUALI, ada segelintir pelajar yag memang suka PJ, kerana di rumah mereka jarang dapat bermain, ibu bapa asyik suruh study study study x 1000. So peluang bermain masa PJ memang dinantikan. Other than that, pelajar yang di bawah program sukan sekali pun selalu ponteng dan buat hal lain masa slot PJ. Tak percaya? Tanyalah budak sekolah. jangan tanya guru kerana mereka sentiasa ada jawapan nak cover.

Di sesetengah sekolah juga, slot PJ di'ajar' oleh guru matapelajaran biasa (matematik,sains dll)....so diorang ni akan masuk mengajar sabjek mereka. PJ?? Buat apa belajar PJ?? Itulah pegangan mereka. Tak pecaya?? jangan tanya guru.Pergi selidik pelajar.

Point saya di sini.
1- PJ BUKANlah faktor bola kita jatuh.
2- PJ telah diabaikan dalam sistem pendidikan kita.

2 point ini tidak berkait antara satu sama lain.
Sekian.

Tuesday, February 3, 2009

Jurulatih Baru

Sathianathan dah out.
Soh Chin Aun pun dah dipecat jugak.

Sekarang semua tertanya-tanya, siapakah mangsa FAM seterusnya.
Seorang jurulatih baru, dan seorang pengurus baru akan dilantik.
Siapakah mereka?

Siapa pun mereka, yang pasti selepas perlantikan, semua kekurangan akan dituding kepada mereka. FAM akan terselamat lagi.
Kalau jurulatih tempatan, memang confirm plus gerenti kena kutuk dan pressure sehinggalah dia mencapai sasaran yg diletak.
Kalau jurulatih import pulak, awal2 akan dapat sokongan. Menang skali, semua akan kata ooooo Malaysia da tunjuk peningkatan walaupun lepas tu kalah semua....orang akan kata, jurulatih tu dah bagus tapi kekurangan dalaman (player) pulak...

Tak percaya fenomena ini akan terjadi?? Ia pernah dan selalu terjadi. Cubalah flash back sendiri keadaan bola Malaysia dari 1990.

Saya ada baca paper Metro hari ni.
Shebby cadangkan Shukor dgn Ahmad. Suatu cadangan yang agak berani. Tapi, siapa tahu. Shebby adalah pemerhati bola Malaysia. So kita tak tahu apa yang dia nampak sebenarnya. Cadangan dia adalah satu cadangan. Pastinya ada respon dalam sehari dua ni. Ada yang KUTUK CADANGAN tu. Ada yang sokong. Pasti juga tak ketinggalan yang akan KUTUK SHEBBY.

Pasal cadangan tu, I have no comment. Like I said just now, it is a suggestion anyway. I can also give a suggestion who should be next Malaysia coach/manager.... Maka aku yang saja ngengada mencadangkan Sir Alex Ferguson. Haha.
1, dia x kan terima tawaran FAM
2, kalau dia terima pun bola Malaysia takkan berubah kalau setakat kita tukar manager sorang je, yg lain mcm tu gak.
3, bila x menjadi jugak nanti, nak kata Ferguson tak terer ke?? haha. So apa masalah sebenar dengan bola Malaysia ni??

Aku nk kutuk Shebby kat sini.
Orang-orang penting bola Malaysia yang mempunyai ATTITUDE mcm Shebby ni lah yang sebenarnya buat payah. Aku nak kategorikan mereka sebagai EGO tak bertempat.
Kenapa tiba2 kutuk Shebby?
Tak lain tak bukan sebab dia ni faham tentang bola Pro, tapi buat bodoh...
Ape aku cuba cite nih??
Pasal MyTeam sejak season 1.
Orang kata dia x layak jadi manager sebab xde lesen coaching.
Dia boleh jwb dia sgt terer, so x yah amik lesen.
BENGAP sungguh bagi seorang yang faham bola Pro.

Why?
1- mat rempit xde lesen. Bolehkah dia dibenar bawak motor tanpa lesen, dgn syarat dia x merempit?? ala....dia kan dah sgt terer bawak motor. Buat ape nk g test2 amek lesen. Dah terbukti ape...same la dlm kes bola...
2- ape la yg susah sgt nk g buat lesen tu....cikgu cikgu PJ pun ada sesetengahnya yang ada lesen coaching.(next post nk cite pasal PJ plak)....Cik Shebby, pegi jela ambik lesen coaching. Ilmu lu tak kurang pun...

Back to attitude problem. Perangai Shebby ni satu contoh ATTITUDE orang dalam FAM jugak sebenarnya. Keras kepala. Ego. Pengurusan FAM x penah salah. Yang salah orang lain. Time rasa boleh tembak player, tembak. Takut dgn player, tembak pulak peminat bola tak bagi sokongan. Tak kena gaya, manager pun kena skali. Itulah yang bola Malaysia tak naik naik.

Aritu aku sentuh pasal attitude player...arini attitude pengurusan plak. Nah!!

Good Luck Mr. New Coach!!!