Monday, April 22, 2013

Liga Perdana FAS 2013 (kedudukan 22April)

Dengan Liga 2013 menuju penghujungnya, berikut adalah kedudukan terkini (22April) pasukan-pasukan yang bertanding dalam Liga Perdana FAS tahun ini. Setiap pasukan samada telah bermain semua perlawanan, atau paling banyak pun berbaki 2 lagi permainan.


Analisa Perdana A:
Megah Murni SAH juara kumpulan, telah bermain semua perlawanan mereka, mengumpul 20 mata, menang 6 dan seri 2, tanpa kalah. Gah dan gagah.
di tempat ke-2, Pelangi tampak goyah, biarpun mengumpul 13 mata, tapi telah bermain semua perlawanan mereka. Bila-bila masa sahaja Pelangi boleh dipintas 3 lagi pasukan di bawah mereka:
- Rising Star & Halo Melewar (12mata) baki 1 perlawanan. Maksimum potensi 15 mata.
- Klang Gate (9mata), baki 2 perlawanan, maksimum potensi 15 mata.

Analisa Perdana B:
Sifa West dan Seranta sedang bersaing untuk menjuarai kumpulan. Segalanya di dalam tangan Seranta anta mereka menang kedua-dua baki perlawanan, maksimum 22mata. Sifa West pula kini 18 mata boleh mengumpul 21mata andai menang perlawanan terakhir mereka.
Mengharapkan Seranta kalah kedua-dua baki game mereka, Sharpees mengintai peluang dan nasib untuk mengatasi Seranta hanya jika mereka dapat menang besar kedua-dua game mereka, harapan tipis untuk Sharpees.
Grasshopper boleh memintas Putra Subang apabila kedua-dua pasukan ini bertarung dalam perlawanan terakhir mereka ahad ini di Bukit Lanchung.

Analisa Perdana C:
Dengan Top4 telah bermain semua perlawanan liga mereka, kedudukan 1 hingga 3 telah SAH.
UiTM pertama (16mata), diikuti rapat Sijangkang dan SCRC. Sijangkang bagaimanapun kedua berkelebihan perbezaan gol.

Analisa Perdana D:
Anak Kalumpang telah terselamat di atas, hanya MBSA boleh memintas mereka. Sekurang-kurangnya tempat ke2 telah SAH milik mereka. MBSA boleh menjuarai kumpulan andaii menang perlawanan terakhir.
Andai MBSA tumpas perlawanan terakhir nanti, Tanjung perlu menang besar (lebih dari 12gol) untuk meraiih tempat kedua. Harapan tipis buat Tanjung.