Sunday, May 13, 2012

Kapar dikeluarkan dari Liga FAS

Berita terkini lagi FAS, pasukan Kapar, yang awalnya bersaing dalam kumpulan C Bahagian 1 liga FAS 2012, rasmi dikeluarkan dari pertandingan oleh pihak penganjur atas masalah-masalah teknikal di antara pasukan tersebut dan penganjur yakni FAS sendiri.

Dengan keputusan ini, kumpulan C hanya disaingi oleh 11 pasukan, bererti setiap pasukan akan bermain 10 perlawanan liga sahaja.

Semua perlawanan menentang Kapar diisytihar null and void. Ini bererti:
1- jika pasukan telah lawan Kapar, tiada mata diberikan (tidak kira menang, seri atau kalah). Tiada gol dikira (jaring atau bolos)
Contoh: team A telah main 8 kali termasuk lawan Kapar. dalam table terkini, team A hanya main 7 kali. Perlawanan versus Kapar kira tidak wujud.
2- belum lawan Kapar, langsung tak perlu lawan lah.
Keputusan ini adil jika dikira dari segi pemarkahan dalam table.
tetapi pasti dirasakan kurang adil bagi pasukan yang telah melawan Kapar (terutama yang menang).
Tetapi pastinya ini adalah pilihan paling adil untuk semua pasukan bertanding secara keseluruhan.

Kedudukan liga sehingga 7 Mei adalah seperti berikut.



Kumpulan C: Nilam Puri Dengkil telah mengesahkan kedudukan mereka selaku juara kumpulan.

No comments:

Post a Comment