Monday, March 11, 2013

Liga Perdana FAS 2013 - Grasshopper FC vs Sri Remaja


GRASSHOPPER FC vs SRI REMAJA

Tarikh: 10 Mac 2013 (Ahad)
Padang: Stadium Kuala Selangor
Masa: 445petang

Grasshopper meneruskan perjuangan dalam Liga Perdana FAS 2013 pada perlawanan ketiga mereka menentang sebuah lagi skuad yang dibarisi pemain-pemain muda remaja yang pantas, sama seperti perlawanan kedua mereka menentang SIFA tempoh hari.

Permulaan perlawanan bagai menbayangkan corak permainan agak keras apabila bek tengah GFC, Tompoq dilayangkan kad kuning seawal minit kedua kerana satu clearance lewat yang terkena kuat kaki pemain Sri Remaja. Tidak lama kemudian giliran penyerang Lan pula dilayangkan kad kuning atas kesalahan sama.

Sri Remaja menggunakan kelebihan kepantasan yang mereka miliki dengan banyak menggunakan pemain sayap mereka untuk menerobos pertahanan GFC. Akhirnya taktik mereka berjaya membuahkan hasil apabila serangan bermula dari tepi, mengheret 3 bek GFC ke belah kanan kotak sebelum satu hantaran lintang dibuat ke tengah di mana 2 penyerang mereka sudah bersedia. Kelebihan free-header tidak disia-siakan dan disudahkan dengan cantik melalui tandukan terbang (flying-header) oleh penyerang Sri Remaja.

Belum pun sempat GFC mengemaskan permainan susulan gol itu, sekali lagi Sang Belalang dicemaskan apabila Sri Remaja berjaya lolos melalui pemain tengah, dan membuat hantaran untuk mudah ditolak masuk penyerang Sri Remaja. Tetapi nasib menyebelahi GFC kerana penyerang itu berada pada kedudukan off-side sewaktu hantaran dibuat.

Kegagalan GFC menguasai bola dan membuat hantaran berkualiti nyata memberi impak besar kepada keseluruhan permainan apabila Sangn Belalang hilang arah dan lebih banyak membazirkan tenaga untuk bertahan. Kubu GFC diasak sepanjang separuh masa pertama, manakala pemain paling senior perlawanan;penjaga gol Sri Remaja yang berkategori remaja veteran hanya memegang bola sekali, itu pun bukan berpunca dari rembatan arah gol.

Permainan turut dicemari dengan beberapa lagi layangan kad kuning kepada kedua-dua pasukan. Peluang terbaik GFC muncul dari belah kanan tetapi rembatan Hodas tersasar ke kiri gol manakala sepakan percuma oleh kapten Hazli turut sekadar melayang ke tepi gol lawan.

Penyerang (kemudiannya sayap kanan) Eddy, dikeluarkan diganti dengan Ayed untuk penampilan pertamanya musim ini, membentuk suatu rombakan posisi GFC 2 minit sebelum separuh masa tamat.

Separuh masa kedua, GFC berjaya meningkatkan tahap permainan, tapi masih gagal untuk menghasilkan sebarang peluang yang benar-benar cerah. Beberapa kali hantaran lintang dari kanan sekadar melintas di depan gol Sri Remaja ataupun berjaya ditanduk keluar oleh bek mereka.

Corak permainan kasar masih kelihatan, dan berpunca dari satu terpaan 50-50 oleh Zul yang ditiup oleh pengadil, tindakan Lan mengherdik pengadil mengakibatkan beliau dilayankan kad kuning. Lan yang terlebih dahulu telah mengutip 1 kad kuning di awal permainan akhirnya diarah keluar padang, setelah pengadil diberitahu oleh pegawai perlawanan dari luar.

Menentang 10 pemain, Sri Remaja gagal memanfaatkan kelebihan mereka, malah mereka lebih kerap diasak. Satu-satunya cubaan tepat arah gol dari GFC dibuat dari kawasan tengah padang dari Tompoq yang menuju ke penjuru gol Sri Remaja, tetapi rembatan agak perlahan mudah ditangkap penjaga gol.

Pertukaran juga dibuat, Juin menggantikan Nik, dan Bad menggantikan kapten Hazli. Pemain-pemain GFC terus menerus cuba untuk sekurang-kurangnya mencuri 1 mata dari perlawanan ini, tetapi gol yang diharapkan tidak kunjung tiba.

Sri Remaja pula menggunakan pendekatan counter-attack cuba untuk menghukum keterujaan GFC menyerang tetapi nasib tidak menyebelahi mereka. Penjaga gol Zul bertindak cemerlang sepanjang perlawanan untuk menepis banyak cubaan satu lawan satu, juga menghalang hantaran-hantaran lintang. Perlawanan berakhir 1 Sri Remaja tanpa balas.

No comments:

Post a Comment