2 minggu lepas saya ada tengok bola live kat TV. Apa lawan apa tak ingat. Tapi game tu sampah gile. Sape yang panggil tu Pro-Football memang buta atau dia sendiri kaki bangku. Poor passes. No creativity. Poor control. Pendek kata buang masa.
Sebelum tu, saya tengok jugak live Piala Sumbangsih. Game tu saya boleh la terima. Professional football. Tapi tahap yang sederhana lah. OK. Boleh terima.
Kedah kalah atas 2 faktor bagi saya. Pertama goalkeeper yang hopeless. Goalkeeper yang menjatuhkan maruah Negara di Thailand, dia juga punca Kedah bolos gol malam tu. Tetapi, considering Kedah dah 2 tahun menang treble, kenapa boleh kalah 3-0? Pada saya simple, Kedah bergantung harap kepada penyerang import nya sebelum ini. Terlampau bergantung. Tanpa striker itu, mereka tiada apa apa lagi. At least buat masa ini sehinggalah penyerang tempatan baru mereka perolehi.
Selangor, syabas! Dulu Azman Adnan. Kini mereka punya penyerang tempatan yang mampu menjaringkan gol.
Tetapi, melihat game game lain kecuali game Sgor Kedah ini. Bola Malaysia bukan Pro. Sesetengah team layak dapat semi-pro style. Some amatur je. Game yang 2 minggu lepas yang saya tengok tu, saling tak tumpah frenly match yang saya main setiap jumaat kt kampong saya ni ha. Teruk betul. Baik bayar kami untuk main, pastu siar kat TV.
Saya memang kutuk. Tetapi, saya tetap harap bola Malaysia boleh pergi jauh. Tolonglah….FAM….Andalah punca. FAM sahajalah yang mampu mengubah. Caranya? Fikirkan kepentingan player-player dan Negara. Bukan kepentingan pegawai2 FAM. Bagaimana? Kalian patut lebih tahu dari saya.
p/s: saya tengok liga yang punya POTENSI paling tinggi adalah UniLeague.
No comments:
Post a Comment