Wednesday, January 28, 2009

Perbandingan sistem

Mari buat perbandingan. Senang cite kerana semua tahu EPL. Semua peminat bola Malaysia tahu Man Utd, Chelsea, Arsenal, Liverpool.

EPL PRO. Liga M Pro.
EPL gaji minggu. Liga M gaji bulan.
EPL gaji juta juta. Liga M gaji ribu.

Adakah ini factor? Ye!! Tapi bukan factor utama.

Factor utama adalah.

EPL BISNES!!!! Liga M pertandingan peringkat Nasional mengharapkan bantuan kewangan dari kerajaan.

Bila bisnes. Mereka BUAT DUIT. Banyak duit. Banyak tarikan. Mereka dapat pemain berkualiti. Bukan itu saja, mereka punya POTENSI lahirkan RAMAI pemain yang BERSUNGGUH-SUNGGUH untuk main bola dan jadi berkualiti.

Boleh ke Kelab Bola di Malaysia jadi BIG BISNES??? Hmm….macammana ye???

Kita compare pulak dengan J-League(Jepun). Bayangkan, Hidetoshi Nakata yang layak masuk U pada usia 18, memilih main bola. Kemudian bersara bola pada usia 28 untuk sambung belajar. Bila Malaysia boleh jadi macam ni? Tak tahu lah. Yang pasti, kelab mereka berbentuk bisnes. Potensi bila bermain di sana, dapat main di kelab Eropah, masa depan terjamin.

OK. England baru menang World Cup sekali. Japan baru layak World Cup. Meh kita cakap pasal Brazil sikit.

Brazil – Negara agak miskin. Menang World Cup dah 5 kali (or 4??, hehe lupe). Produk player yang mereka keluarkan, belum lagi main first team club diorg dah dibeli kelab Eropah. Contoh, Rafael & Fabio (kembar) da Silva, Man Utd pada usia 17 (sign contract). Dtg MU terus main first 11. Alexander Pato di AC Milan sebaris dengan Messi(Argentina). Semua bawah 20 masa mereka start.

Macammana Brazil hasilkan mereka ni? Formula sama patut kita buat untuk hasilkan player. Inilah sahaja caranya.

Sebab kita pernah cuba cara England dengan Akademi bola sepak di Malaysia. Berapa ramai antara mereka yang masih menyarung jersi Malaysia sekarang?? Akademi GAGAL dari sudut ini pada saya.

No comments:

Post a Comment