Tuesday, April 10, 2012

Wakil Malaysia Dalam AFC Fup

Jom kita view sikit persembahan wakil-wakil Malaysia dalam AFC Cup setakat ini, setelah 4 perlawanan. 2 pasukan pantai timur membawa bahtera kebangsaan dalam kejohanan peringkat benua ini.

Terengganu
Result so far....

SONG LAM NGHE AN (VIE)-TERENGGANU (MAS) win 0-1
TERENGGANU (MAS)-KITCHEE (HKG) loss 0-2
TAMPINES ROVERS (SIN)-TERENGGANU (MAS) win 0-1
TERENGGANU (MAS)-TAMPINES ROVERS (SIN) loss 0-2


Kedudukan dalam Kumpulan F

TeamGPWDLGFGA+/-Pts
KITCHEE (HKG)719
TERENGGANU (MAS)24-2 6
TAMPINES ROVERS (SIN)34-1 4
SONG LAM NGHE AN (VIE)03-3 1


Menang tipis di Vietnam memberi tonik besar kepada skuad Sang Penyu tetapi ternyata Kitchee terlalu kuat untuk mereka walaupun beraksi di pantai sendiri apabila tumpas 2-0. Sekali lagi Penyu menyerang Singapura di Temasik tetapi kalah mengejut di laman sendiri berhadapan dengan lawan yang sama. Kemungkinan konsistensi menjadi isu yang perlu diambil perhatian oleh jurulatih.

Berbaki 2 perlawanan, Kitchee di Hong Kong mungkin boleh dianggap sukar, tetapi perlawanan menentang wakil Vietnam di Kuala Terengganu boleh menjadi ombak loncatan buat Sang Penyu mendapat tempat ke2 kumpulan untuk layak.

HARAPAN: cerah

Kelantan

Result so far....
KELANTAN (MAS)-NAVIBANK SAIGON (VIE) drew 0-0
AYEYAWADY UNITED (MYA)-KELANTAN (MAS) loss 3-1
KELANTAN (MAS)-AREMA INDONESIA (IDN) won 3-0
AREMA INDONESIA (IDN)-KELANTAN (MAS) won 3-1

Kedudukan dalam Kumpulan H


TeamGPWDLGFGA+/-Pts
NAVIBANK SAIGON (VIE)727
KELANTAN (MAS)747
AYEYAWADY UNITED (MYA)56-1 4
AREMA INDONESIA (IDN)310-7 1


Pasukan Red Warriors gagal memanfaatkan perlawanan pertama di tanahair apabila sekadar seri dengan wakil Vietnam dan diikuti kekalahan di Myanmar meletakkan harapan rendah kepada mereka. Namun bertemu wakil Indonesia nyata melonjak kembali nafas Pejuang-Pejuang Merah ini apabila menang besar kedua-dua perlawanan dikepalai penyerang import mereka Ghaddar.

Berbaki 2 perlawanan, Kelantan boleh menebus kekalahan menentang wakil Myanmar apabila melayan kunjungan mereka di gelanggang sendiri. Namun dengan persaingan sengit 3 penjuru, Kelantan harus juga mencuri mata berharga pada perlawanan terakhir kumpulan di Vietnam untuk layak ke pusingan seterusnya.



HARAPAN: 50-50



*Ghaddar berpeluang menjadi top scorer, mengumpul 5 goal setakat ini dari 4 perlawanan.

No comments:

Post a Comment