Sunday, June 3, 2012

Grasshopper FC ke Suku Akhir




Liga FAS 2012: Selepas semua pasukan menamatkan perlawanan peringkat kumpulan bagi semua keempat-empat kumpulan Liga Divisyen 1 Ahad lepas (3Jun), GFC berjaya mengesahkan kedudukan mereka layak ke suku akhir. Perlawanan terakhir yang berlangsung serentak antara 3 pasukan yang berharap untuk layak, GFC tidak perlu menunggu lama, belum pun separuh masa pertama berakhir buat Vulcans-PNMB bertemu Cenderawasih, cahaya harapan mereka ke suku telah pun padam. GFC menang mudah selepas mendapat walkover 3-0 ke atas lawannya Sri Suria yang tidak hadir.

*pemain GFC meraikan kemenangan dan kelayakan mereka*


4 perlawanan suku akhir divisyen 1 adalah seperti berikut:

SIFA-WEST COUNTRY (A1) LWN GRASSHOPPER (C2)
ROSE (A2) LWN NILAM PURI-DENGKIL (C1)
TAMAN CUEPACS (B1) LWN MISC (D2)
LUCKY STAR/SS PUTRA (B2) LWN MEGAH MURNI (D1)


Sebagai persiapan untuk perlawanan suku akhir ini, GFC telah dijadualkan menjalani beberapa perlawanan persahabatan dengan pasukan dari liga lebih atas dari mereka untuk menambahbaik mutu permainan pasukan.

No comments:

Post a Comment