Sunday, June 10, 2012

Grasshopper FC vs PKNS FC




Sebagai salah satu persiapan menjelang suku akhir Liga FAS, GFC telah menganjurkan satu perlawanan persahabatan menentang PKNS FC di padang PKNS pada Jumaat 8Jun2012 bermula 8:30mlm.

Pasukan PKNS FC yang diturunkan bermain adalah pasukan dari Liga Super FAS, iaitu rata-rata pemain muda kelab besar ini. GFC pula berjaya mengumpulkan keseluruhan pasukan liga FAS mereka untuk perlawanan ini.
Terdahulu, sehari sebelum itu, perlawanan pemanas badan GFC menentang Lembaga Getah Malaysia (LGMFC) di padang RRI yang tidak dapat disertai oleh semua pemain GFC, berakhir 2-0 kemenangan kepada pasukan Liga Perdana FAS, LGMFC. LGM juga telah layak ke suku akhir liga FAS (Perdana).

Justeru, perlawanan menentang PKNS diramal lebih sukar buat GFC. Namun, GFC menunjukkan kekuatan sebenar mereka apabila mendapat sentuhan dari keseluruhan pasukan dan memulakan perlawanan garang dan menguasai perlawanan. Walaupun ada beberapa ketika PKNS berjaya melancarkan beberapa serangan pantas menggunakan kelebihan speed & youth factor yang dimiliki mereka, nyata pengalaman milik GFC kental menghalang.

Perlawanan tamat pada jam 10:15mlm, dengan jaringan seri 0-0.

Keputusan ini juga diperolehi pasukan kebangsaan Malaysia yang sekadar seri 2-2 di Singapura yang berlangsung serentak. Walaupun mendahului 2-0, tetapi kealpaan Harimau Malaya di saat akhir telah dihukum oleh sang Singa pulau selatan itu untuk mendapat 2 gol pantas.
Keputusan ini dijangka menjejaskan lagi ranking FIFA Malaysia yang sebelum ini telah jatuh lagi setelah sekadar seri tanpa jaringan dengan Filipina.

No comments:

Post a Comment