Monday, February 18, 2013

SIFA West Tumpaskan Grasshopper Lagi


LIGA PERDANA FAS 2013
Grasshopper FC (2) vs SIFA West (1)
Ahad 17 Feb 2013 (9:45 atas jadual)
Padang: ILSAS B, UNITEN, Bangi

Setelah bermula cemerlang pada perlawanan pertama, Grasshopper berazam untuk meneruskan rentak kemenangan dalam Liga FAS tahun ini. Mempersiapkan diri dengan membenam Borneo City pada perlawanan persahabatan tengah-minggu 6-1, mereka turun pada perlawanan ini untuk membalas dendam kekalahan kepada pasukan sama pada kejohanan tahun lepas 2-1.

Awal perlawanan yang bermula lambat dari dijadualkan kerana kelewatan perlawanan pertama di padang ILSAS B, memperlihatkan kekuatan setara kedua-dua pasukan. Namun begitu, SIFA tampak lebih yakin apabila mereka menggunakan sepenuhnya kelebihan pemain sayap mereka yang pantas. Beberapa kali through pass SIFA berjaya mematahkan perangkap off-side Grasshopper.

Bagaimanapun, gol pertama SIFA muncul apabila Tompoq gagal membuat clearanse kemas yang ditampan pemain SIFA yang meluru ke arah gol sebelum mengumpan kepada penyerang mereka yang mudah menyudahkan gol jauh dari jangkauan penjaga gol GFC.

Grasshopper bagaimanapun terus juga mengasak ke arah gol lawan, dan beberapa kali sayap kiri Taufik berjaya masuk ke kotak penalti, tetapi semua rembatan terus ke arah penjaga gol SIFA. Dan SIFA berjaya sekali lagi merobek pertahanan Grasshopper, berpunca dari kelonggaran di kawasan tengah, memberikan lebih ruang, kali ini hantaran jauh bijak dari belah kanan SIFA menukar arah ke kiri serangan mereka yang sekali lagi dapat melakukan jaringan pada sudut yang sama. Grasshopper cuba mengawal rentak perlawanan dengan membuat pertukaran awal memasukkan Kalai sebagai sayap kanan.

Grasshopper tidak berputus asa dan tekanan yang dilakukan akhirnya membuahkan hasil apabila penyerang Hodas dijatuhkan dalam kotak penalti ketika cuba melakukan rembatan. Pengadil tidak teragak-agak menghadiahkan sepakan penalti yang tenang disudahkan oleh pemain tengah, Zul. Beberapa lagi serangan GFC ke kotak penalti SIFA tetap berakhir kecewa apabila semua rembatan terus ke dakapan penjaga gol, atau tersasar.

Bagaimanapun, kepincangan pertahanan Grasshopper dihukum lagi oleh pemain tengah SIFA apabila berjaya membuat satu through pass yang dikawal oleh pemain sayap pantas mereka untuk menghasilkan gol ketiga. Walaupun GFC membantah gol itu kerana pemain tersebut berada pada posisi off-side, tetapi perlawanan ditamatkan separuh masa pertama 3-1 memihak SIFA.

Terdesak dengan kedudukan ini, GFC pantas menggunakan semua pertukaran, menggantikan bek tengah Tompoq, dan penyerang Eddy dengan Nik. Nafas baru yang disuntik nyata berjaya mengekang pergerakan SIFA pada separuh masa kedua. GFC mengawal keseluruhan  perlawanan dan tiada serangan ketara dapat dilakukan SIFA. Namun, kekurangan komunikasi di bahagian serangan sering menghampakan gerakan-gerakan berbahaya yang dilakukan, kebanyakannya dijenterakan oleh Nik.

Menjelang penghujung permainan, sayap kiri Taufik dijatuhkan di dalam kotak penalti, dan pengadil sekali lagi memberikan sepakan penalti berserta layangan kad kuning. Zul sekali lagi berjaya menjaringkan gol dari jarak 6 ela. Pemain GFC meningkatkan serangan demi serangan mengharapkan sekurang-kurangnya membawa pulang 1 mata, tetapi gol yang dicari tetap gagal mencecah jaring.

Grasshopper sekali lagi tumpas kepada SIFA, buat musim kedua berturut-turut. Perlawanan ini juga menyaksikan banyak layangan kad kuning kepada kedua-dua pasukan, berpunca dari terjahan berbahaya dan juga reaksi kurang sporting sewaktu permainan.

Line up GFC
GK: Zul
DF: Faiz - Tompoq (sub) - Li - Qayyum
MD: Juin (Kalai) - Zul - Arif - Taufik
ST: Eddy (Nik) - Hodas

unused sub
Bad, Ayed, Dibley, Ciput, Lan(GK)

No comments:

Post a Comment