selain dari insiden sebahagian penonton yang radikal dan ekstrim, Overall review Dua-dua team mmg power... Good game of football atas permukaan padang yang cantik...
Jdt dengan kelas kualiti players tersendiri tetapi kualiti players import sedikit meneggelamkan kelibat players tempatan kecuali Amri Yahyah... Apabila Pablo Aimar keluar saya ingat game dah over dan Pahang menang tetapi apa yang mengejutkan adalah rating player tempatan JDT seperti Safee Sali dan Safiq Rahim mula naik secara keseluruhan dan mendadak. JDT hampir menang dlm 25 min terakhir dengan penguasaan midfield 50-50 antara kedua pasukan tetapi kemasukan Dickson Nwakame jelas mengalihkan fokus serangan JDT kepada bertahan dan membolehkan penguasaan midfield kembali kepada Pahang dengan siri counter attack yg laju.
Perbezaan team Pahang dan JDT semalam ada perbezaan believe, character sebagai juara bertahan Piala Malaysia,sokongan penonton, respond antara player anak jati Pahang yg main dengan hati n pride dan juga sejarah kegemilangan pasukan.
banyak pasukan yang ada history dan tradition akan kembali mewarnai dan mendominasi dalam masa 4-5 tahun akan datang dengan membina pasukan dengan local young players contoh seperti Selangor, Sarawak , Perak dan Kedah.
Majulah bola sepak untuk negara.
ditulis oleh: Fariq, 8Feb2014.
Bola Sepak Malaysia
World Cup? Bilakah? Piala Dunia? When?
Monday, February 10, 2014
Monday, April 22, 2013
Liga Perdana FAS 2013 (kedudukan 22April)
Dengan Liga 2013 menuju penghujungnya, berikut adalah kedudukan terkini (22April) pasukan-pasukan yang bertanding dalam Liga Perdana FAS tahun ini. Setiap pasukan samada telah bermain semua perlawanan, atau paling banyak pun berbaki 2 lagi permainan.
Megah Murni SAH juara kumpulan, telah bermain semua perlawanan mereka, mengumpul 20 mata, menang 6 dan seri 2, tanpa kalah. Gah dan gagah.
di tempat ke-2, Pelangi tampak goyah, biarpun mengumpul 13 mata, tapi telah bermain semua perlawanan mereka. Bila-bila masa sahaja Pelangi boleh dipintas 3 lagi pasukan di bawah mereka:
- Rising Star & Halo Melewar (12mata) baki 1 perlawanan. Maksimum potensi 15 mata.
- Klang Gate (9mata), baki 2 perlawanan, maksimum potensi 15 mata.
Analisa Perdana B:
Sifa West dan Seranta sedang bersaing untuk menjuarai kumpulan. Segalanya di dalam tangan Seranta anta mereka menang kedua-dua baki perlawanan, maksimum 22mata. Sifa West pula kini 18 mata boleh mengumpul 21mata andai menang perlawanan terakhir mereka.
Mengharapkan Seranta kalah kedua-dua baki game mereka, Sharpees mengintai peluang dan nasib untuk mengatasi Seranta hanya jika mereka dapat menang besar kedua-dua game mereka, harapan tipis untuk Sharpees.
Grasshopper boleh memintas Putra Subang apabila kedua-dua pasukan ini bertarung dalam perlawanan terakhir mereka ahad ini di Bukit Lanchung.
Analisa Perdana C:
Dengan Top4 telah bermain semua perlawanan liga mereka, kedudukan 1 hingga 3 telah SAH.
UiTM pertama (16mata), diikuti rapat Sijangkang dan SCRC. Sijangkang bagaimanapun kedua berkelebihan perbezaan gol.
Analisa Perdana D:
Anak Kalumpang telah terselamat di atas, hanya MBSA boleh memintas mereka. Sekurang-kurangnya tempat ke2 telah SAH milik mereka. MBSA boleh menjuarai kumpulan andaii menang perlawanan terakhir.
Andai MBSA tumpas perlawanan terakhir nanti, Tanjung perlu menang besar (lebih dari 12gol) untuk meraiih tempat kedua. Harapan tipis buat Tanjung.
Friday, March 15, 2013
Jadual Liga Perdana FAS 2013
FAS akhirnya mengeluarkan jadual penuh hingga ke hujung musim untuk Liga mereka.
Berikut adalah jadual Liga Perdana.
Berikut adalah jadual Liga Perdana.
Jadual untuk Grasshopper FC:
17-3 (ahad) 3pm GFC vs Putra Subang - Bukit Tinggi
31-3 (ahad) 445pm GFC vs Seranta - Bukit Tinggi
7-4 (ahad) 945am Kenari vs GFC - ILSAS A
14-4 (ahad) 445pm Sharpees vs GFC - Tmn Berjaya
28-4 (ahad) 445pm Sri Indah vs GFC - Bkt Lanchung
Liga Perdana FAS 2013 - Kedudukan Terkini 11 Mac
Update: 11 Mac 2013 dari FB Liga FAS.
Setelah hampir separuh musim, beberapa pasukan telah menunjukkan dominasi untuk gah di kumpulan masing-masing.
Setelah hampir separuh musim, beberapa pasukan telah menunjukkan dominasi untuk gah di kumpulan masing-masing.
Dalam Perdana A, Megah Murni kelihatan konsisten dengan 3 kemenangan dari 3 perlawanan.
Perdana B pula, Seranta, SIFA dan Sri Remaja tampak meyakinkan setelah 2 perlawanan.
Perdana C didominasi ketara oleh UiTM.
Perdana D juga melihatkan dominasi ketara oleh Anak Kalumpang. Tetapi MBSA juga mungkin mencabar kerana mereka baru bermain 2 kali.
Tuesday, March 12, 2013
AFC Cup 2013 Preview - Selangor vs Tampin Rovers
Selangor will want to take advantage of their stellar performance after trouncing star-studded Darul Takzim last Saturday, when entertaining 2012 S.League champions Tampines Rovers this Wednesday, in their second AFC Cup match. Although their overall performance this season has been a bit of a yo-yo, Selangor has performed well at home, and this home advantage will definitely add to the obstacles that must be overcome by the Stags.
Their coach Irfan Bakti will want to retain most of the players who featured in their spectacular Saturday win, except for the inclusion of their AFC-only import Michel Kubala. However, Ramez Dayoub’s exclusion from the squad due to his match-fixing charges might just come back to haunt Selangor in this match, and on the Asian front.
The Stags have been solid so far this season, being beaten only once, in their previous AFC match against Vienamese side Sai Gon Xuan Tanh. They will do well to rely on their evergreen striker Aleksander Duric, who consistently performs well against Malaysian teams. Their coach Nenad Bacina will most probably rely on the same starting XI as the previous week and can call upon the services of super-sub Jamil Ali should things not go their way, especially mid-way through the second half. However, the inclusion of left-back Shaiful Esah is still doubtful, as he is still nursing a knock he picked up in last week’s match.
This match is also important to these two teams who now occupy the bottom two spots of Group H, if they want to keep up with the leaders, and to advance to the next round in the competition. It is probably apt to say that the winner of this match will live on to fight another day, while the loser will fail to qualify to the next round. Expect a cagey fight to the finish between these two teams from two countries who are never too amiable when it comes to football.
PROBABLE LINEUPS |
SELANGOR
![]()
Norazlan
Mahali - Chrappan - Nasriq - Asra (c) Solehin - Gurusamy - Kubala - Kunanlan Doe - Amri |
TAMPINES ROVERS
Dreven Imran - Yamashita - Jufri - Anaz Wagner Firdaus - Mustafic (c) - Shahdan Amri Hadzibulic |
DID YOU KNOW?
Selangor only qualified for this year’s AFC Cup competition because Kelantan, the 2012 Malaysian Super League champions had already qualified for the same competition by also winning the FA Cup.
This is Selangor’s first foray into Asian competitions since they exited their last campaign in 2010 at the group stage.
In the 2012 edition, Tampines were placed in the same group with another Malaysian outfit, Terengganu.
The last time Selangor met a Singaporean team in an Asian competition was in the 2006 AFC Cup. That team was Tampines Rovers.
*source : goal.com
Monday, March 11, 2013
AFC Cup 2013 Preview Ayeyawady Utd vs Kelantan
Both teams, Kelantan and Ayeyawady United, have been struggling in their respective leagues so far recording only one win each in their last six matches. During the opening match last week, the Burmese lost to Vietnam’s Da Nang 2-1 while Kelantan dropped points in the draw against Maldivian outfit Maziya SC in.
The home side will have the advantage of playing on their home ground, Thuwanna YTC Stadium. This match will be the key for them to go through into the knock out stages after they were kicked out of last year’s tournament by the Red Warriors. The manager, Marjan Sekulovski, who lashed out at his side for a poor display in their last outing against Da Nang would be on hand to rally his troops.
Nanda Lin Kyaw Chit and Nay Lin Tun are key players for Ayeyawady and together with their Brazillian striker, Leandro Duarte, who will create chances from nothing, the Burmese outfit look to hassle Kelantan’s defence. This team will be banking on the set pieces to break the Red Warriors.
The visiting Kelantan, on the other hand, will go into this match to rekindle their lost in form as of late.
The draw against Maziya last week put Bojan Hodak’s men in the red zone and it does not seem like he is taking this tie lightly. The Croatian is lining up his best players, such as Badhri Radzi and Norfarhan Mohamad. The former, especially, had shown how important he is to the team when he stole a late goal against Maziya a few minutes after coming on as a substitute.
The Red Warriors are known for their strong midfield marshaled by Badhri and Shakir. Together with the duo of Dimitry Petratos and Dickson Nwakaeme upfront, Kelantan are all set to break the Ayeyawady defence.
It will be anybody’s match on Wednesday. The battle will be fought in the middle of the park between Badhri, the new star for the Malayan Tigers and the Myammar Under-22 midfielder, Nanda Lin Kyaw Chit.
PROBABLE LINEUPS
AYEYAWADY
![]()
Min Khant
Oo - Aung - Belchev - Ming - Zaw Nanda - Lin Tun - Beršnjak Kyaw - Duarte |
KELANTAN
![]() Fahmi Daudsu - Kcira - Obinna - Nik Shahrul Farhan - Badhri - Shakir - Indraputra Dickson - Dimitry |
DID YOU KNOW? |
- Ironically, during the final fixtures in the group stages last year, Ayeyawady crashed out after they lost to the Red Warriors by a goal.
- In the last six fixtures, including their own leagues and cups, Ayeyawady and Kelantan only recorded one win each.
- Due to the varying rules between the AFC and FAM,Kelantan had the option of bringing in imports - Dickson Nwakaeme and Dimitry Petratos - that could only play in the AFC Cup.
*source: goal.com
Liga Perdana FAS 2013 - Grasshopper FC vs Sri Remaja
GRASSHOPPER FC vs SRI REMAJA
Tarikh: 10 Mac
2013 (Ahad)
Padang: Stadium
Kuala Selangor
Masa: 445petang
Grasshopper
meneruskan perjuangan dalam Liga Perdana FAS 2013 pada perlawanan ketiga mereka
menentang sebuah lagi skuad yang dibarisi pemain-pemain muda remaja yang pantas,
sama seperti perlawanan kedua mereka menentang SIFA tempoh hari.
Permulaan
perlawanan bagai menbayangkan corak permainan agak keras apabila bek tengah
GFC, Tompoq dilayangkan kad kuning seawal minit kedua kerana satu clearance
lewat yang terkena kuat kaki pemain Sri Remaja. Tidak lama kemudian giliran
penyerang Lan pula dilayangkan kad kuning atas kesalahan sama.
Sri Remaja
menggunakan kelebihan kepantasan yang mereka miliki dengan banyak menggunakan
pemain sayap mereka untuk menerobos pertahanan GFC. Akhirnya taktik mereka
berjaya membuahkan hasil apabila serangan bermula dari tepi, mengheret 3 bek
GFC ke belah kanan kotak sebelum satu hantaran lintang dibuat ke tengah di mana
2 penyerang mereka sudah bersedia. Kelebihan free-header tidak disia-siakan dan
disudahkan dengan cantik melalui tandukan terbang (flying-header) oleh
penyerang Sri Remaja.
Belum pun sempat
GFC mengemaskan permainan susulan gol itu, sekali lagi Sang Belalang dicemaskan
apabila Sri Remaja berjaya lolos melalui pemain tengah, dan membuat hantaran
untuk mudah ditolak masuk penyerang Sri Remaja. Tetapi nasib menyebelahi GFC
kerana penyerang itu berada pada kedudukan off-side sewaktu hantaran dibuat.
Kegagalan GFC
menguasai bola dan membuat hantaran berkualiti nyata memberi impak besar kepada
keseluruhan permainan apabila Sangn Belalang hilang arah dan lebih banyak
membazirkan tenaga untuk bertahan. Kubu GFC diasak sepanjang separuh masa
pertama, manakala pemain paling senior perlawanan;penjaga gol Sri Remaja yang
berkategori remaja veteran hanya memegang bola sekali, itu pun bukan berpunca
dari rembatan arah gol.
Permainan turut
dicemari dengan beberapa lagi layangan kad kuning kepada kedua-dua pasukan.
Peluang terbaik GFC muncul dari belah kanan tetapi rembatan Hodas tersasar ke
kiri gol manakala sepakan percuma oleh kapten Hazli turut sekadar melayang ke
tepi gol lawan.
Penyerang
(kemudiannya sayap kanan) Eddy, dikeluarkan diganti dengan Ayed untuk
penampilan pertamanya musim ini, membentuk suatu rombakan posisi GFC 2 minit
sebelum separuh masa tamat.
Separuh masa
kedua, GFC berjaya meningkatkan tahap permainan, tapi masih gagal untuk
menghasilkan sebarang peluang yang benar-benar cerah. Beberapa kali hantaran
lintang dari kanan sekadar melintas di depan gol Sri Remaja ataupun berjaya
ditanduk keluar oleh bek mereka.
Corak permainan
kasar masih kelihatan, dan berpunca dari satu terpaan 50-50 oleh Zul yang
ditiup oleh pengadil, tindakan Lan mengherdik pengadil mengakibatkan beliau
dilayankan kad kuning. Lan yang terlebih dahulu telah mengutip 1 kad kuning di
awal permainan akhirnya diarah keluar padang, setelah pengadil diberitahu oleh
pegawai perlawanan dari luar.
Menentang 10
pemain, Sri Remaja gagal memanfaatkan kelebihan mereka, malah mereka lebih
kerap diasak. Satu-satunya cubaan tepat arah gol dari GFC dibuat dari kawasan
tengah padang dari Tompoq yang menuju ke penjuru gol Sri Remaja, tetapi
rembatan agak perlahan mudah ditangkap penjaga gol.
Pertukaran juga
dibuat, Juin menggantikan Nik, dan Bad menggantikan kapten Hazli. Pemain-pemain
GFC terus menerus cuba untuk sekurang-kurangnya mencuri 1 mata dari perlawanan
ini, tetapi gol yang diharapkan tidak kunjung tiba.
Sri Remaja pula
menggunakan pendekatan counter-attack cuba untuk menghukum keterujaan GFC
menyerang tetapi nasib tidak menyebelahi mereka. Penjaga gol Zul bertindak
cemerlang sepanjang perlawanan untuk menepis banyak cubaan satu lawan satu,
juga menghalang hantaran-hantaran lintang. Perlawanan berakhir 1 Sri Remaja tanpa
balas.
Thursday, March 7, 2013
AFC CUP 2013 - KELANTAN VS MAZIYA (MALDIVE)
Kelantan looked eager to start the match on the right foot as they pressured Maziya’s defence early on. Both Shakir Shaari and Dimitri Petratos didn’t wait long to test Maziya’s goalkeeper, Imran Mohamed, but their shots were safely parried away.
Maziya on the other hand did trigger several counter attacks via their captain, Ahmed Rasheed. Moments later, Abdulla Asadhulla shocked the Red Warriors defence when he struck a long shot catching Khairul Fahmi off guard. But the shot went high and wide.
Havoc occured in Maziya’s penalty box when Dickson's quick foot managed to create the chance for Petratos to strike, but his shot was well blocked by the defence, before Zairo's follow up went well wide.
The second half started in the same manner as the first period without any substitutions from both teams. Kelantan dominated most of the possession compared to Maziya who spent most of the time defending in their own half.
On the 62nd minute, Shakir‘s mistake stunned the home crowd as Hassan Adhuham capitalised with an easy finish. Ismail Easa beautifully lobbed the ball over the Kelantan defence opening a chance for Hassan to tap the ball in past Khairul Fahmi.
Shocked by the goal, Kelantan made two quicks subtitutions introducing their captain, Badhri Radzi and Indra Putra Mahyuddin to strenghthen their attack. Badhri didn’t wait long to mark his presence when he instantenously created a chance for Faiz Subri to strike, but it was well-saved by Imran.
Piya turned hero for the home crowd when he struck a beautiful shot for Kelantan to level the score. A through ball by Petratos was quickly snapped by Badhri to shoot past the impressive Imran.
Dickson Nwakaeme had his chance to score when he headed Badhri’s cross but was yet again denied by the quick reactions of the goalkeeper.
Towards the end of the match, Haris Safwan almost sent the crowd wild but his weak follow-up shot meant that Kelantan had to be contented with a draw.
It was a suprising result for many as minnows Maziya managed to hold the Malaysian champions to a draw. A late substition by Bojan to introduce Badhri Radzi did affect the home team's gameplay but it was too late for them to grab a much needed home win.
Monday, February 18, 2013
SIFA West Tumpaskan Grasshopper Lagi
LIGA PERDANA FAS
2013
Grasshopper FC (2) vs SIFA West (1)
Ahad 17 Feb 2013 (9:45 atas jadual)
Padang: ILSAS B, UNITEN,
Bangi
Setelah bermula
cemerlang pada perlawanan pertama, Grasshopper berazam untuk meneruskan rentak
kemenangan dalam Liga FAS tahun ini. Mempersiapkan diri dengan membenam Borneo
City pada perlawanan persahabatan tengah-minggu 6-1, mereka turun pada perlawanan ini untuk
membalas dendam kekalahan kepada pasukan sama pada kejohanan tahun lepas 2-1.
Awal perlawanan
yang bermula lambat dari dijadualkan kerana kelewatan perlawanan pertama di
padang ILSAS B, memperlihatkan kekuatan setara kedua-dua pasukan. Namun begitu,
SIFA tampak lebih yakin apabila mereka menggunakan sepenuhnya kelebihan pemain
sayap mereka yang pantas. Beberapa kali through pass SIFA berjaya mematahkan
perangkap off-side Grasshopper.
Bagaimanapun, gol
pertama SIFA muncul apabila Tompoq gagal membuat clearanse kemas yang ditampan
pemain SIFA yang meluru ke arah gol sebelum mengumpan kepada penyerang mereka
yang mudah menyudahkan gol jauh dari jangkauan penjaga gol GFC.
Grasshopper
bagaimanapun terus juga mengasak ke arah gol lawan, dan beberapa kali sayap
kiri Taufik berjaya masuk ke kotak penalti, tetapi semua rembatan terus ke arah
penjaga gol SIFA. Dan SIFA berjaya sekali lagi merobek pertahanan Grasshopper,
berpunca dari kelonggaran di kawasan tengah, memberikan lebih ruang, kali ini
hantaran jauh bijak dari belah kanan SIFA menukar arah ke kiri serangan mereka
yang sekali lagi dapat melakukan jaringan pada sudut yang sama. Grasshopper
cuba mengawal rentak perlawanan dengan membuat pertukaran awal memasukkan Kalai
sebagai sayap kanan.
Grasshopper tidak
berputus asa dan tekanan yang dilakukan akhirnya membuahkan hasil apabila
penyerang Hodas dijatuhkan dalam kotak penalti ketika cuba melakukan rembatan.
Pengadil tidak teragak-agak menghadiahkan sepakan penalti yang tenang
disudahkan oleh pemain tengah, Zul. Beberapa lagi serangan GFC ke kotak penalti
SIFA tetap berakhir kecewa apabila semua rembatan terus ke dakapan penjaga gol,
atau tersasar.
Bagaimanapun,
kepincangan pertahanan Grasshopper dihukum lagi oleh pemain tengah SIFA apabila
berjaya membuat satu through pass yang dikawal oleh pemain sayap pantas mereka
untuk menghasilkan gol ketiga. Walaupun GFC membantah gol itu kerana pemain
tersebut berada pada posisi off-side, tetapi perlawanan ditamatkan separuh masa
pertama 3-1 memihak SIFA.
Terdesak dengan
kedudukan ini, GFC pantas menggunakan semua pertukaran, menggantikan bek tengah
Tompoq, dan penyerang Eddy dengan Nik. Nafas baru yang disuntik nyata berjaya
mengekang pergerakan SIFA pada separuh masa kedua. GFC mengawal keseluruhan perlawanan dan tiada serangan ketara dapat
dilakukan SIFA. Namun, kekurangan komunikasi di bahagian serangan sering
menghampakan gerakan-gerakan berbahaya yang dilakukan, kebanyakannya dijenterakan
oleh Nik.
Menjelang
penghujung permainan, sayap kiri Taufik dijatuhkan di dalam kotak penalti, dan
pengadil sekali lagi memberikan sepakan penalti berserta layangan kad kuning. Zul
sekali lagi berjaya menjaringkan gol dari jarak 6 ela. Pemain GFC meningkatkan
serangan demi serangan mengharapkan sekurang-kurangnya membawa pulang 1 mata, tetapi gol yang dicari tetap gagal mencecah jaring.
Grasshopper
sekali lagi tumpas kepada SIFA, buat musim kedua berturut-turut. Perlawanan ini
juga menyaksikan banyak layangan kad kuning kepada kedua-dua pasukan, berpunca
dari terjahan berbahaya dan juga reaksi kurang sporting sewaktu permainan.
Line up GFC
GK: Zul
unused sub
Bad, Ayed, Dibley, Ciput, Lan(GK)
Sunday, February 3, 2013
Grasshopper FC vs KulitKraf (Liga FAS 2013 Perdana)
LIGA PERDANA FAS
GRASSHOPPER FC VS
KULITKRAF
Result 2-1
Tarikh/Hari:
3Feb2013 (AHAD)
445 petang
Padang: Bukit
Lanchung, Seksyen 28 Shah Alam.
Walaupun
Grasshopper memulakan kempen 2013 dengan langkah kiri apabila tumpas mengejut 3-1
dengan lawan dari Divisyen 1 dalam Piala FA awal Januari lepas, nyata Sang
Belalang telah melupakan kekalahan tersebut apabila mempamerkan permainan
kental menjelang perlawanan Liga Perdana ini.
Perlawanan yang
bermula tepat seperti dijadualkan di dalam gerimis halus menyaksikan KulitKraf,
berjersi putih, terlebih dahulu menyesuaikan permainan dengan keadaan padang
setelah beberapa kali mengatur serangan ke arah kubu GFC. Berjersi biru cair,
GFC walaupun berjaya memerangkap offside penyerang Kulitkraf beberapa kali, akhirnya
kekurangan komunikasi di antara pemain pertahanan GFC dihukum lawan. Berpunca
dari satu through-pass ke sayap
kanan, 2 pemain KulitKraf lolos berdepan dengan penjaga gol. Walaupun cuba
dipintas pertahanan tengah, pemain sayap itu berjaya membuat hantaran lintang
rendah kepada penyerang yang bersendirian untuk menolak mudah bola ke jaring.
GFC segera
bertindak balas dengan beberapa cubaan jarak jauh serta gerakan-gerakan di
dalam kotak penalti lawan tetapi gagal menghasilkan penyudah yang diharapkan. GFC
juga melakukan pertukaran awal apabila terpaksa mengeluarkan bek kiri, Bad yang
cedera dan memasukkan pemain lincah Faiz. Separuh masa berakhir 1-0 memihak
Kulitkraf.
GFC memulakan
separuh masa kedua dengan 1 lagi pertukaran memasukkan Arif untuk mengisi
posisi attacking midfielder. Permainan
separuh masa kedua dikawal oleh GFC dan akhirnya Arif berjaya meledak satu
rembatan menjunam dari luar kotak penalti yang gagal digapai penjaga gol
Kulitkraf. Umpama mendapat suntikan semangat baru, GFC meningkatkan serangan
demi serangan yang menyaksikan satu tendangan percuma menggegar palang
gol lawan.
Kulitkraf juga
tidak kurang hebatnya apabila turut mempamerkan nafsu untuk menang apabila
beberapa kali berjaya masuk ke kotak penalti GFC tetapi tiada gerakan penyudah
nyata mengecewakan mereka. GFC melakukan pertukaran terakhir yang juga
merupakan perubahan taktikal. Sayap kiri dikeluarkan dan memasukkan Bahrin, bek
kanan. Pertukaran ini menolak bek kanan asal, Qayyum sebagai wing kiri. Dengan
perlawanan berbaki kurang 10minit, berpunca dari satu sepakan sudut yang gagal
dikeluarkan Kulitkraf, Faiz mengawal bola dalam kotak penalti sebelum mengumpan
kepada Qayyum yang dengan tenang melencongkan bola ke kanan gawang Kulitkraf
untuk gol kedua GFC.
Kulitkraf juga
menggunakan sepenuhnya kuota pertukaran mereka tetapi breakthrough yang
diharapkan mereka tidak menjadi. Pertahanan GFC berjaya mengekalkan disiplin
bertahan untuk terus mengekang asakan lawan dan akhirnya perlawanan tamat
memihak GFC 2 berbalas 1.
Perlawanan ini
turut menyaksikan beberapa layangan kad kuning yang berpunca dari
terjahan-terjahan keras dari Kulitkraf, dan juga 1 kad kuning kepada penjaring
kemenangan, Qayyum kerana gagal mengawal sikap terhadap pengadil. Permainan
turut dihentikan beberapa kali kerana pemain kedua-dua pasukan mengalami kejang
otot, dan juga kapten GFC, Hazli yang tercedera bahu kanan.
Kemenangan GFC
ini pasti membangkitkan semangat mereka untuk meneruskan liga dengan lebih cemerlang,
dan pastinya Kulitkraf akan bertindakbalas dari kekalahan ini dalam perlawanan
seterusnya.
Muhammad Alif Firdaus, penyokong GFC termuda pada perlawanan ini. 5bulan setengah.
Subscribe to:
Posts (Atom)