Saturday, February 7, 2009

Akademi Bolasepak

Cadangan menghidupkan semula akademi dibangkitkan.

Pada saya. Bagus! Mesti! Ini adalah SEBAHAGIAN daripada projek pembangunan akar umbi yang WAJIB dilaksanakan untuk menfaat jangka panjang. Manfaat jangka panjang.

Zaman saya di sekolah menengah, saya sempat bersama dengan budak-budak akademi. Tahap permainan mereka cukup tinggi untuk peringkat umur.

Bagaimana ia berlaku?
Mereka training hari-hari macam pemain pro.
Mereka masih belajar, dan duduk asrama. Justeru mereka mempunyai SEDIKIT ruang untuk melakukan aktiviti yang boleh menjejaskan prestasi mereka.
Mereka masih muda bilamana fokus mereka masih tinggi, apatah lagi dalam melakukan perkara yang sangat diminati- BERMAIN (bola secara spesifiknya).
Mereka sangat fit, dan fizikal mereka sangat atletik.

Dengan bentuk latihan, serta konsistensi latihan, mereka boleh menyertai acara olahraga mahupun sukan-sukan lain secara SAMPINGAN tetapi tetap menyerlah.

Secara objektif dan rasional pelaksanaan, akademi adalah tempat melahirkan pemain pro. Tidak dapat dinafikan.

Tetapi seperti yang saya terangkan dalam post terdahulu ada pemain yang sudahnya memilih jalan selamat untuk belajar sepenuh masa daripada bermain bola sepenuh masa selepas SPM mereka. Ini adalah concern kita.

Keberkesanan akademi untuk membentuk pemain adalah tinggi. Saya pernah melihat final kejohanan antara akademi, permainan mereka cukup kemas, hantaran yang baik, kawalan bola dan sebagainya yang cukup menghiburkan. Lagi best tengok game diorang daripada Liga M. Sungguh.

TETAPI, persoalannya kenapa walaupun selepas satu demi satu batch pemain akademi ini keluar, prestasi Malaysia tetap sama?

Jawapannya. Mereka berjaya dibentuk oleh akademi dengan sistem yang tertentu. Tapi apabila keluar dan bermain untuk pasukan Liga M, adakah mereka menjalani rutin seperti dulu? Jawapannya tidak. Sistem tidak sama. Fitness level akan turun. Bila tidak fit, aspek lain juga CONFIRM terjejas. Percayalah, inilah puncanya.

Jadi, jelaslah bahawa Liga M belum mencapai tahap Pro. Akademi yang ditubuhkan dulu, memang pro. Salahnya, pasti boleh dituding kepada FAM lagi sekali. Kenapa pasukan-pasukan dalamLiga M tidak mencapai standard, FAM kena ambil tahu, dan ambil tindakan.

Jadi, tindakan untuk buka kembali akademi SANGAT WAJAR dilaksanakan. Ia harus jadi sebahagian daripada usaha AKAR UMBI yang diwar-warkan.

Cuma, harus diingat. Akademi bukan satu-satunya akar yang patut diberi fokus. Liga daerah jangan dilupakan, dan banyak lagi cara. Fitrah orang Malaysia, takut nanti bila dah buka balik akademi, bergantung harap pada akademi semata-mata untuk lahirkan bakat baru.

SETERUSNYA, FAM kena sambung kecemerlangan pemain yang terhasil dari akademi ini. Inilah sahaja caranya jika nak lahirkan generasi baru bola Malaysia yang berjaya. Jika tidak, rakyat akan terus kecewa!

No comments:

Post a Comment