Sunday, February 15, 2009

Kemudahan Infrastruktur Bola Malaysia

Saya lupa untuk include dalam post Scoreboard yang lalu, lagi satu point yang Kwai Lam utarakan.

Kemudahan infrastruktur. Apabila ditanya pasal hal ini, beliau sedih dengan apa yang berlaku.
Pembangunan pesat negara telah mengambil tempat-tempat yang dulunya padang permainan untuk pemain-pemain bermain bola. Dan yang beliau terkilan adalah kerana, ada tanah yang diambil atas dasar pembangunan kerana mahu dibina bangunan pada 1980an, tapi hingga kini projek tersebut terbengkalai. Ertinya, padang hilang. Bangunan tak muncul. Kawasan terbazir begitu sahaja.
Beliau menyalahkan sikap kerajaan.

Saya bersetuju. Hal yang disebut ada berlaku, dan banyak juga pemain pernah dilahirkan dari padang-padang yang kini tidak wujud lagi. Justeru, kemudahan padang ini telah terlepas pandang oleh masyarakat dan kesannya adalah aktiviti bermain bola setiap petang tidak dapat dijalankan serancak dulu.

Baiklah. itu hal kemudahan infrastruktur secara am, untuk semua orang.

Kemudahan infrastruktur untuk pemain pro pula hari ini jauh lebih baik dari dulu. Kualiti padang. Stadium. Fisio. Klinik. Dengan kata lain, pemain bola di Malaysia menikmati kemudahan yang OK. Dan sesetengah daripadanya didakwa bertaraf dunia. Malangnya pemain masih lagi bertaraf kampung. Begitulah.

Jadi, adakah kemudahan yang dibangunkan ini tidak memadai? Bagaimana lagi nak majukan kemudahan ini?
Jawapannya tidak perlu. Kemudahan sudah lebih daripada cukup.
Yang tinggal cuma sistem dan perancangan. Perlu mengambil kira faktor-faktor yang penting untuk semua orang, semua pemain. Bukan faktor pihak pengurusan (dengan kata lain FAM semat-mata).
Macam pernah disebut, pemain perlu duit dan jaminan. Dengan 2 faktor ini, barulah kita akan dapat benar-benar memanfaatkan bakat yang negara miliki. Banyak pemain yang lebih terer dari yang bermain dalam liga M sekarang, tapi mereka tidak memilih bola sebagai karier kerana 2 faktor ini.
Kemudahan? Dah lebih dari cukup. Dah mewah. Negara dan FAM dah megah dengannya.
Pemain? X cukup. Gaji x cukup. Jaminan kurang terjamin. Pemain(rakyat) takut dengannya.

No comments:

Post a Comment