Monday, March 5, 2012

Grasshoppers VS Vulcan PNMB

Liga FAS matchday 1 - Grasshopper FC vs Vulcan PNMB
Sunday, 26Feb 2012
Venue: Padang RRI C, Sungai Buloh.
Perlawanan bermula jam 10am di bawah terik mentari ahad. Para pemain GFC datang seawal jam 8 untuk bersiap sedia mengharungi perlawanan pertama Liga FAS tahun ini dengan penuh semangat lebih-lebih lagi dengan kemungkinan menyarung jersi baru pasukan.
Namun atas sedikit masalah teknikal, hanya seluar baru yang menjadi baju perang GFC minggu ini, dipadankan dengan jersi putih lama yang telah banyak mengecap kejayaan sebelum ini.


Sang Belalang menggunakan formasi 5-3-2 dalam perlawanan ini kerana ketiadaan beberapa tunggak utama pertahanan, memaksa pengurus mengambil langkah lebih defensive demi memastikan kubu yang kuat menjadi base kepada pasukan sebelum mengatur langkah menyerang.

Perlawanan berlangsung sengit dengan kedua dua pasukan mempamerkan keinginan menjaringkan gol disertai juga dengan aksi menarik. PNMB terlebih dahulu membuka jaringan pada babak pertama apabila counter attack mereka gagal dihalang dengan baik oleh pertahanan, meletakkan penjaga di posisi one-on-one yang gagal diselamatkan. Sebelum itu, GFC terlepas peluang keemasan untuk mendahului apabila cubaan penyerang, Megat, berjaya ditepis, dan rebound oleh Man terus ke dakapan penjaga gol.

Separuh masa kedua GFC menukar seorang pemain tengah yang mengalami kecederaan (groin injury). Tempo perlawanan masih sama seperti separuh masa pertama, tetapi GFC menunjukkan lebih kawalan dan keinginan untuk membalas gol PNMB. Melalui satu tendangan penjuru, GFC berjaya mendapatkan gol penyamaan apabila pemain tinggi lampai botak, Lock, berjaya menanduk ke arah gawang yang gagal dihalang penjaga gol, dan gagal ditanduk keluar oleh pertahanan.

GFC mula menunjukkan bisa sebenar selepas jaringan tersebut, tetapi gagal mendapat gol kemenangan yang dicari-cari.

GFC menggunakan 2 lagi substitution untuk maksimum 3 pertukaran untuk perlawanan ini.
Perlawanan berakhir 1-1.

*akan cuba mendapatkan full line-ups jika mendapat input secukupnya.

No comments:

Post a Comment