Sunday, March 11, 2012

Liga FAS Match3 Grasshopper FC vs Cenderawasih FC


LIGA FAS MD3
11 March 2012
RRI C
Grasshopper FC vs Cenderawasih FC

Pemain GFC berkumpul sejak jam 130 di RRI dan disambut dengan gerimis sebelum permainan bermula pada jam 3petang.

Untuk perlawanan ketiga ini, GFC ketiadaan beberapa tonggak utama pasukan tapi memiliki cukup pemain untuk mengisi semua posisi.

Bermain dengan formasi 4-4-2, Sang Belalang bermula garang apabila beberapa kali berjaya memecah masuk ke kotak penalti lawan. Gerakan solo Rugen dari bahagian kanan serangan berjaya melepasi pemain yang mengawalnya tapi gagal menyudahkan 1on1 dengan penjaga gol. Serangan seterusnya hasil through pass dari tengah sekali lagi Rugen lepas dan telah berjaya menumpaskan penjaga gol lawan tetapi sepakan ke arah gol sempat dihalang pemain pertahanan di atas garisan gol.

Cenderawasih membalas dengan satu gerakan lintang dari kiri ke pemain kanan mereka yang tidak dikawal, tetapi Sham berjaya menahan cubaan ke arah gol. Tidak lama selepas itu, bermula dari SEDIKIT salah faham komunikasi antara pemain pertahanan dan tengah, bola jatuh ke kaki midfielder Cenderawasih yang merembat kencang dan Sham kurang kemas untuk menepis bola tersebut dari menerjah gawang.

Terkejut dengan gol tersebut Grasshopper kembali meningkatkan permainan tetapi gagal menyamakan kedudukan di separuh masa pertama.

Separuh masa kedua bermula dan rentak permainan masih sama tetapi mood perlawanan sedikit tegang apabila beberapa tackle keras berlaku dan ketiga tiga pengadil dilihat tidak membuat keputusan yang tepat. Victor dimasukkan menggantikan Khaidir yang mengalami masalah groin untuk posisi pertahanan kanan. Beberapa pertukaran juga dilakukan oleh Cenderawasih. Insiden-insiden tegang beberapa kali berlaku terutama apabila pemain Cenderawasih banyak melontarkan kata-kata kesat ke arah pemain yang menjuruskan kepada tackle-tackle keras lain selepasnya.

Menuju ke penghujung perlawanan, 2 lagi pertukaran dilakukan ooleh GFC. Perlawanan ketara dikuasai GFC yang banyak mendapat tendangan percuma dan penjuru, dan Sham lebih banyak berehat di babak kedua ini kerana tiada ancaman lawan yang benar-benar sampai ke kotak penalti GFC. GFC mendapat peluang keemasan mereka apabila pergerakan kemas antara 3 pemain Edy, Megat dan Black di belah kiri padang lawan meloloskan Megat ke dalam kotak penalti yang kemudiannya dibentes pertahanan Cenderawasih. Namun keputusan mengecewakan dari pengadil apabila hanya menghadiahkan tendangan percuma walaupun jelas kekasaran berlaku dalam kotak penalti.

Cenderawasih berjaya mempertahankan gol mereka dan menang dengan jaringan Cenderawasih 1 Grasshopper 0.

Kekalahan ini meletakkan GFC hanya 4 mata dari 3 perlawanan.

No comments:

Post a Comment