Monday, March 26, 2012

Grasshopper FC vs Selayang FC


Liga FAS – matchday 4

25March 2012
Venue – Padang taman Kanching, Rawang

Minggu ini Grasshopper meneruskan perjuangan dalam Liga FAS tiada perlawanan liga minggu lepas. Perlawanan dijadualkan berlangsung di lokasi yang agak asing, Padang Taman Kanching tidak jauh dari TESCO Rawang.

Pemain GFC hadir seawal 830pagi tetapi sekadar menyaksikan 2 pasukan memanaskan badan sahaja kerana ketiadaan pengadil dan perlawanan mereka tidak dilangsungkan. Seterusnya, setelah menunggu pengadil beberapa ketika, perlawanan ini bermula kira-kira jam 1015pagi.

Dengan kehadiran 18 pemain, terdapat pilihan-pilihan yang kuat untuk diisi di semua posisi. GFC memulakan permainan dengan formasi 5-3-2 dan bermula garang apabila penyerangnya Arif berjaya meloloskan diri dari perangkap off-side untuk berhadapan satu lawan satu dengan penjaga gol tetapi tolakannya lemah dan mudah ditangkap penjaga gol SelayangFC.

Selayang pantas membalas serangan dan satu mis-clearance oleh pertahanan GFC, Li terus dihukum penyerang Selayang dengan sepakan penyudah yang sukar dihalang penjaga gol, Sham.

GFC kembali mengemaskan permainan dan mengatur beberapa lagi serangan, tetapi pemain serangan kurang menyengat apabila beberapa kali peluang yang mencemaskan di penalty lawan gagal disempurnakan. Tidak lama kemudian, GFC terpaksa melakukan 1 pertukaran awal apabila pertahanan kirinya, Bad cedera dan tidak dapat meneruskan perlawanan. Pertukaran memasukkan Eddy menukar formasi GFC kepada 4-4-2.

Lebih pilihan di kawasan tengah membolehkan lebih banyak pilihan gerakan menyerang dan ini terbukti apabila Arif sekali lagi melepaskan diri 1-on-1 dengan penjaga gol lawan dan kali ini Arif tenang menggelecek melepasi panjaga gol untuk gol penyamaan.

Belum pun SFC sempat untuk bangkit dari gol tersebut, Arif sekali lagi melakukan larian melepasi barisan pertahanan dan menyempurnakan gol untuk sang Belalang mendahului.
Walau bagaimanapun, SFC meningkatkan serangan mereka, dan beberapa kali mencemaskan GFC tetapi tiang dan penjaga gol berjaya penjadi penghalang. Babak pertama permainan yang berlangsung di bawah terik matahari tengahari berakhir 2-1.

Babak kedua diteruskan dengan tempo yang hampir sama, tetapi tiada peluang yang benar-benar mencemaskan kedua-dua gawang. Kechik ditukarkan dengan Zaki yang akhirnya mendapat debutnya untuk liga FAS. Faiz juga dimasukkan menggantikan Haidir yang keletihan dihujung permainan. SFC juga memasukkan pemain ala Cristiano Ronaldo mereka yang dipanggil Bird, tetapi tidak memberi sebarang impak besar untuk SFC menyamakan kedudukan.

Perlawanan berakhir 2-1 memihak Grasshopper FC. GFC kini mengumpul 7mata dari 4 perlawanan. Kedudukan liga akan di-update setelah mendapat info dari FAS.

Terdapat sedikit persoalan tentang pengurusan liga FAS oleh FAS sendiri apabila masalah seperti kehadiran pengadil hari ini tidak ditangani sebaiknya.

Line up Grasshoppers FC:
Keeper : Sham
Defend : Haidir, John, Li, Ciput, Bad
Defensive Mid : Kechik, Sharom
Attacking Mid : Megat
Striker : Arif, Rugen

Sub: Eddy (Bad), Zaki (Kechik), Faiz (Haidir)
Sub not used: Tompoq, Victor, Ayed, Man

Manager: Maswan
Chairman: Abang Hj. Sham

Fans: Family Li & Sham’s

1 comment:

  1. Interesting .. We have a football team with almost same name: malaysian Grasshoppers in Kuala Lumpur, mostly veterans expatriates.

    ReplyDelete