Thursday, March 15, 2012

Sunday, March 11, 2012

Liga FAS Match3 Grasshopper FC vs Cenderawasih FC


LIGA FAS MD3
11 March 2012
RRI C
Grasshopper FC vs Cenderawasih FC

Pemain GFC berkumpul sejak jam 130 di RRI dan disambut dengan gerimis sebelum permainan bermula pada jam 3petang.

Untuk perlawanan ketiga ini, GFC ketiadaan beberapa tonggak utama pasukan tapi memiliki cukup pemain untuk mengisi semua posisi.

Bermain dengan formasi 4-4-2, Sang Belalang bermula garang apabila beberapa kali berjaya memecah masuk ke kotak penalti lawan. Gerakan solo Rugen dari bahagian kanan serangan berjaya melepasi pemain yang mengawalnya tapi gagal menyudahkan 1on1 dengan penjaga gol. Serangan seterusnya hasil through pass dari tengah sekali lagi Rugen lepas dan telah berjaya menumpaskan penjaga gol lawan tetapi sepakan ke arah gol sempat dihalang pemain pertahanan di atas garisan gol.

Cenderawasih membalas dengan satu gerakan lintang dari kiri ke pemain kanan mereka yang tidak dikawal, tetapi Sham berjaya menahan cubaan ke arah gol. Tidak lama selepas itu, bermula dari SEDIKIT salah faham komunikasi antara pemain pertahanan dan tengah, bola jatuh ke kaki midfielder Cenderawasih yang merembat kencang dan Sham kurang kemas untuk menepis bola tersebut dari menerjah gawang.

Terkejut dengan gol tersebut Grasshopper kembali meningkatkan permainan tetapi gagal menyamakan kedudukan di separuh masa pertama.

Separuh masa kedua bermula dan rentak permainan masih sama tetapi mood perlawanan sedikit tegang apabila beberapa tackle keras berlaku dan ketiga tiga pengadil dilihat tidak membuat keputusan yang tepat. Victor dimasukkan menggantikan Khaidir yang mengalami masalah groin untuk posisi pertahanan kanan. Beberapa pertukaran juga dilakukan oleh Cenderawasih. Insiden-insiden tegang beberapa kali berlaku terutama apabila pemain Cenderawasih banyak melontarkan kata-kata kesat ke arah pemain yang menjuruskan kepada tackle-tackle keras lain selepasnya.

Menuju ke penghujung perlawanan, 2 lagi pertukaran dilakukan ooleh GFC. Perlawanan ketara dikuasai GFC yang banyak mendapat tendangan percuma dan penjuru, dan Sham lebih banyak berehat di babak kedua ini kerana tiada ancaman lawan yang benar-benar sampai ke kotak penalti GFC. GFC mendapat peluang keemasan mereka apabila pergerakan kemas antara 3 pemain Edy, Megat dan Black di belah kiri padang lawan meloloskan Megat ke dalam kotak penalti yang kemudiannya dibentes pertahanan Cenderawasih. Namun keputusan mengecewakan dari pengadil apabila hanya menghadiahkan tendangan percuma walaupun jelas kekasaran berlaku dalam kotak penalti.

Cenderawasih berjaya mempertahankan gol mereka dan menang dengan jaringan Cenderawasih 1 Grasshopper 0.

Kekalahan ini meletakkan GFC hanya 4 mata dari 3 perlawanan.

Thursday, March 8, 2012

AFC Cup : Kelantan VS Navibank


Kuala Lumpur: Malaysian Super League champions Kelantan and Vietnam National Cup holders Navibank Saigon played out a dour goalless draw in their opening Group H match at the Bukit Jalil Stadium on Wednesday.

Tuesday, March 6, 2012

AFC Cup: Terengganu VS SOng Lam Nghe An


Vinh: Abdul Manaf converted Terengganu's sole shot on target as the Malaysian FA Cup winners Terengganu kicked off their AFC Cup campaign with a 1-0 win over Vietnam champions Song Lam Nghe An in Group F on Tuesday.

SuperMokh

Sebuah dokumentari oleh National Geographic tentang lagenda bolasepak negara, Mokhtar Dahari.


Monday, March 5, 2012

Grasshoppers VS Puchong United

Liga FAS matchday 2 - Grasshopper FC vs Puchong United
Sunday, 4Mac 2012
Venue: Padang RRI D, Sungai Buloh.
Minggu ke2 kejohanan, GFC menentang Puchong United pada cuaca yang similar, di bawah matahari pagi yang terik. Kehadiran pemain yang cukup pada kali ini membolehkan formasi lebih meyakinkan dengan pilihan dan pemain simpanan yang cukup untuk semua posisi.

Grasshoppers VS Vulcan PNMB

Liga FAS matchday 1 - Grasshopper FC vs Vulcan PNMB
Sunday, 26Feb 2012
Venue: Padang RRI C, Sungai Buloh.
Perlawanan bermula jam 10am di bawah terik mentari ahad. Para pemain GFC datang seawal jam 8 untuk bersiap sedia mengharungi perlawanan pertama Liga FAS tahun ini dengan penuh semangat lebih-lebih lagi dengan kemungkinan menyarung jersi baru pasukan.

Tuesday, January 24, 2012

Tompoq is back

Salam pembaca semua....

Akhirnya, saya kembali... harap-harapnya begitulah...
Setelah sekian lama tak berpeluang untuk berblog, menulis.... semua kerana karier baru bermula, banyak komitmen dan perlukan penyesuaian dengan kehidupan baru....
Saya betul-betul berharap saya punya cukup masa lepas ni untuk kembali menyuarakan pendapat2 dan komen2 saya tentang bola Malaysia in regular basis... maksudnya maybe every week or so....

So, since the last pos... banyak betul yang dah berlalu.... Apa pun, tahniah skuad Harimau Malaya (tua dan muda, hehe) kerana kejayaan2 yang berjaya dirangkul.... Piala AFF Suzuki.... Sukan SEA etc....
Dan tak dilupa, usah kecewa, tapi tolong improve, dalam World Cup qualifier dan Piala Asia....

Saturday, July 4, 2009

Manchester United

Cakap bola Malaysia. Nape MU plak nih?? Haha...saje jer....kan MU wat Asia Tour....dan akan friendly dengan team Malaysia....so aku saje2 la nak preview....

Aku punye semangat....aku x kesah sangat pon pasal tgk match tu...tp yang aku paling kesah...aku nak tgk training session diorang....mesti best kan....

tp....setahu aku training tiket x tahu lah ada jual ke tak....
tp awal2 dulu (may kot), sape beli tiket match, dpt training tiket free. so aku belilah tket yg RM58 tu...suruh adik kpd member aku belikan kat Al-Ikhsan atau Nike outlet kt KL. Maklum la aku kt Miri time tu. dpt la aku both tickets.

Selalunya, frenly camni, MU tak pakai full team player pun...campur2 rojak2 try2 sana sini.

Tahukah Anda? Barthez pernah main LEFT WING lawan team Singapore suatu ketika dulu. Dia sub Diego Forlan time tu. Haha. Tapi Barthez mmg hampeh la. Beckham pun bantai gelak tgk dia nye cross, tp aku rase aku selalu tgk cross mcm tu dlm liga M. Haha.

So, Bukit Jalil, here I come. 17 and 18 July. First time nih aku TENGOK bola kat Bkt Jalil. First aku pegi dulu tgk SureHeboh 2004. Haha. Ada memori beb gi sana time tu.

Btw, begitulah.... Harap Malaysia tak main cam sampah. Tiket 98000 dah sld out...aku rase ramai fan MU nih....yang g sokong Malaysia mlm tu mesti yg anti-MU. Harap2, masih ramai sokong Malaysia.

Semi Pro?

Aku dah lama betol tak layan bola Malaysia. Dan sebenarnya tak ada apa untuk dilayan, kerana team kebangsaan tak main apa2 buat masa ni. Yang tinggal, liga domestik.

Dari amatur, jadi semi-pro, jadi pro 1990an..... Kualiti permainan, dari gempak, remain boleh tahan gempak, jadi hampeh, jadi sampah..... So, salahkah liga pro ni? Susah nak cakap. Kat luar elok je pro dan gempak. So ape kes??

Macam aku cakap, banyak faktor. Beberapa faktor utama, attitude pemain. Kedua, politik FAM.

Attitude pemain? Yelah, kalau semua setakat nak jadi star liga Malaysia, gitulah jadinya... Tak ke mana2.... Tak sorangpun aku nampak betul2 bersungguh2 nak main liga UTAMA luar negara (Eropah terutamanya)....attitude, tak bersungguh, tak berfikiran jauh, takut untuk memasang impian, mudah puas hati. Jaguh kampong! Bodoh!

FAM? kucar kacir dari dulu. Asyik orang politik kat dalam. Yang paling jelas sekarang, si khairy jamaludin dok situ. Dia ingat dia buka MyTeam dia bagus sangat ke? Bangang.

Ingat lagi awal2 musim baru tahun ini? Takde import!! Kecoh gebang sana sini. Bincang2. Baik dan buruknya import ni. Sudahnya? Takde import lah. Macam tu jugaklah. Makin baik? Tak. So adakah import diperlukan? Makin buruk pon tak jugak....sama jer....

So, sekarang, nak drop jadi semi-pro macam dulu2 semula.

Aku rase...hmmmm.....

of course ada baik...ada buruk....tapi pada aku....buat je dulu....tengok macam mana....so, aku sokong SEMI-PRO dijalankan.

baiknya....pemain akan ada extra pressure...yelah...ni semi-pro....some of them kena kerja lain untuk hidup....main bola sampingan...bayaran sampingan..gitu gitu jer....pressure is sometime god, sometime not good. BUt remember, pearl (PERMATA/TIRAM) terhasil dari pressure yg tinggi....dan mahal dan sungguh bernilai....
baiknya lagi, yang main bola bila semi-pro ni yang BETUL2 nak main bola lah....bukan sbb nak duit....sbb kalo nak duit, semi-pro bukan lubuk duit lagi dah....kalo pro mmg la lubuk jugak kan.....so yg main nanti yang kerana CINTAKAN (i mean passion) bola....so bila dah passion, sanggup berkorban, pasti kesungguhan lebih ketara.

meh lihat buruk....orang cakap practise make perfect,...tp kalo dah players ni kena kerja lain....so praktis time dah kurang......canne nak perfect kan....so nanti ada jugaklah kebarangkalian kita tengok liga kita ni orang tak cukup training main.....
buruknya jugak, nanti makin payah nak dapat anak2(mahupun ibubapa) yang nak jadi pemain bola sbg karier. gile kau nak main bola semi pro....risiko beb....

so canne ni? ntah la....
tp harus diingat, zaman semi-pro, bola Malaysia lagi gempak tau....mungkinkah ia akan jadi lagi?
dan part anak2 tu, ala....nak seribu daya kan....so, baca balik bersungguh dan passion kat atas tue...

so....meh la SEMI-PRO kan bola kita sekarang nie....lupakan liga super...buek malu namo jak aik....